Monday 16 January 2012

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Pak Talib
·         Pak Talib berusia hampir lima puluh tahun dan bekerja sebagai seorang tukang rumah. Selepas zaman perang, rezekinya agak mewah sedikit kerana mendapat banyak permintaan untuk bertukang kerana tiada saingan. Pak Talib masih mengekalkan cara lama untuk membuat rumah dan tidak pernah belajar di mana-mana kecuali menerusi seorang tukang tua di kampung.

Perwatakan
1.      Penyabar
Pak Talib begitu sabar mendengar leteran isterinya, Mak Lamah terutama apabila Mak Lamah mempertikaikan pendapatannya yang semakin berkurang kerana semakin jarang mendapat upah membuat rumah.
2.      Rajin
Pak Talib tetap bekerja mencari rezeki walaupun pendapatannya semakin berkurang. Dia juga tidak memilih pekerjaan asalkan ada kerja yang boleh dibuat untuk mencari rezeki.
3.      Bertanggungjawab
Pak Talib seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga kerana dia berusaha dengan sedaya upaya untuk mencari rezeki walaupun pendapatannya semakin kurang.
Watak  sampingan
Mak Lamah
·         Mak Lamah ialah isteri Pak Talib dan ibu Timah. Mak Lamah ialah seorang suri rumah.
Perwatakan
1.      Suka berleter
Mak Lamah sering berleter apabila suaminya, Pak Talib mula kekurangan kerja kerana kerja menukang rumah mendapat saingan daripada tukang yang lebih muda.
2.      Memandang harta
Mak Lamah sering bertanya kepada Pak Talib tentang bayaran upah yang akan didapatinya jika dia pergi bertukang.
3.      Mudah berubah
Mak Lamah menyambut kepulangan Pak Talib dengan suara yang lembut setelah anak mereka, Timah dirisik oleh Manas.

No comments:

Post a Comment